Sebagai penjual rumah, anda pasti pernah terima banyak mesej atau panggilan daripada bakal pembeli. Namun, tidak semua yang bertanya benar-benar serius mahu membeli. Jadi, macam mana nak bezakan buyer serius dengan buyer yang sekadar ‘survey’?
Buyer serius biasanya akan tanya soalan yang lebih terperinci. Contohnya, mereka mahu tahu tentang status geran, kadar cukai pintu, caj penyelenggaraan, atau keadaan rumah. Mereka juga tidak keberatan untuk datang tengok rumah secara berdepan, kerana ini tanda mereka benar-benar berminat.
Selain itu, buyer serius biasanya akan bincang tentang kemampuan kewangan. Ada yang terus sebut tentang kelayakan pinjaman, deposit yang sanggup dibayar, atau nak buat semakan dengan pihak bank. Mereka juga akan follow up selepas viewing, bukan hilang begitu sahaja.
Sebaliknya, buyer yang sekadar tanya-tanya selalunya hanya bertanya soalan umum, seperti “Masih available?” atau “Boleh nego?” tanpa banyak detail. Kadang-kadang mereka tak datang viewing, atau senyap selepas dapat jawapan asas.
Kesimpulannya, fokuskan masa anda kepada buyer yang betul-betul serius. Itu akan mempercepatkan proses jual beli dan mengelakkan anda membuang masa.
Call/wasap:
Mohd
0123326175
wasap.my/60123326175
“Your Trusted Agent Since 2015”

No comments:
Post a Comment