Properties List

Wednesday, July 2, 2025

Pinjaman Perumahan: Bank Mana Paling Sesuai Untuk Anda?


 Pinjaman Perumahan: Bank Mana Paling Sesuai Untuk Anda?

Bila dah jumpa rumah idaman, soalan seterusnya – nak buat pinjaman dengan bank mana? Sebagai ejen hartanah, saya sering bantu klien pilih bank yang paling sesuai dengan situasi kewangan mereka.

1. Kadar Faedah / Profit Rate

Bank konvensional biasanya tawarkan interest rate manakala bank Islamik tawarkan profit rate berdasarkan konsep syariah. Semak kadar semasa dan bandingkan dengan pakej lain di pasaran.

2. Tempoh & Jenis Pinjaman

Ada bank yang benarkan tempoh pinjaman sehingga 35 tahun. Pilih antara term loan, flexi loan atau semi-flexi loan ikut gaya kewangan anda.

3. Keperluan Dokumen & Kelulusan Cepat

Setiap bank ada syarat dokumen berbeza. Ada yang lebih fleksibel untuk pemohon bergaji tetap, dan ada yang sesuai untuk self-employed.

4. Caj Tersembunyi & Penalti

Teliti terma dan syarat berkaitan penalti bayaran awal, yuran pemprosesan dan caj tambahan lain.

5. Reputasi & Khidmat Pelanggan

Kadang-kadang, servis yang pantas dan pegawai bank yang membantu lebih penting dari kadar faedah semata.

Buat perbandingan, jangan hanya terikat pada satu bank. Pilih yang paling sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda.✅


Call/wasap: 

Mohd 

0123326175 

wasap.my/60123326175 

“Your Trusted Agent Since 2015”

No comments:

Post a Comment