Ramai pembeli rumah, terutamanya yang baru pertama kali nak beli unit kondo atau apartment, tertanya-tanya: boleh ke beli rumah yang geran strata belum siap? Jawapannya, boleh ✅.
📌 Kalau beli dari pemaju (under construction)
Biasanya pemaju akan uruskan permohonan strata selepas projek siap. Dalam Sales & Purchase Agreement (SPA), ada klausa jelas bahawa pemaju wajib memohon strata title dalam tempoh tertentu. Jadi pembeli tidak perlu risau, asalkan pemaju memang kukuh dan berlesen.
📌 Kalau beli rumah subsale (dah siap tapi strata belum keluar)
Transaksi akan dijalankan berdasarkan master title (hak milik induk). Nama pembeli tidak terus masuk ke strata title, sebaliknya pindah milik hanya boleh dibuat selepas strata dikeluarkan. Proses ini biasanya lebih lama dan memerlukan kerjasama pemaju serta peguam.
⚠️ Risiko yang perlu tahu:
• Proses pindah milik lebih rumit & lambat.
• Sukar untuk refinance atau cagaran loan.
• Risiko lebih tinggi jika pemaju tidak mohon strata.
Kesimpulannya, beli rumah strata belum ready memang boleh, tapi pastikan anda dilindungi melalui SPA dan gunakan peguam hartanah berpengalaman untuk elak masalah di kemudian hari.
📞 Call/WhatsApp:
Mohd
0123326175
wasap.my/60123326175
“Your Trusted Agent Since 2015”

No comments:
Post a Comment