Menjual dan Membeli Hartanah

Call/Sms: 0123326175 Whatsapp: wasap.my/60123326175 Facebook: www.facebook.com/Agenharta

Search Properties (type eg: house type, location)

Tuesday, July 22, 2025

Elak Bayar Deposit Terus Kepada Pemilik Rumah


 Elak Bayar Deposit Terus Kepada Pemilik Rumah – Ini Sebabnya!

Ramai pembeli rumah subsale lakukan kesilapan besar dengan terus bayar deposit kepada pemilik rumah, sama ada atas alasan percaya, cepatkan proses, atau mahu elak caj guaman. Tapi ini sangat berisiko dan boleh mengundang penipuan.

Deposit rumah biasanya melibatkan jumlah besar – 3% hingga 10% daripada harga jual beli. Jika anda terus bayar kepada pemilik tanpa sebarang perjanjian bertulis atau peguam, tiada jaminan wang anda selamat. Jika pemilik berubah fikiran, enggan jual, atau rumah ada masalah undang-undang, wang anda mungkin tidak dapat dikembalikan.

Lebih teruk, ada kes rumah telah digadaikan, ada sekatan, atau pemilik bukan pemilik sah. Dalam situasi ini, anda tiada perlindungan kerana tiada rekod sah urusan jual beli.

Sebab itu semua bayaran mesti dibuat melalui akaun klien peguam (client account) atau akaun syarikat ejen hartanah berdaftar (bukan individu). Ini akan memastikan wang anda selamat, direkod secara rasmi, dan hanya dilepaskan apabila semua syarat jual beli dipenuhi.

Jangan ambil mudah soal deposit. Wang boleh cari semula, tapi rumah dan masa yang rugi sukar diganti. ✔️


Call/wasap: 

Mohd 

0123326175 

wasap.my/60123326175 

“Your Trusted Agent Since 2015”

No comments:

Post a Comment

For Sale: Single Storey Taman Hijrah 2, Rantau Panjang Klang

============================== PRICE : RM 398K ============================== Property Details: + Teres 1 Tingkat Intermediate + Freehold (M...